Pengguna-pengguna tidak dibenarkan makan, minum, menggunakan telefon bimbit, merokok, membuat bising dan merosakkan barang perpustakaan.
SENYAP adalah amalan ketika berada di dalam perpustakaan.
Barangan peribadi seperti beg, topi keledar, payung, baju hujan dan lain-lain barangan tidak dibenarkan diletak di luar pusat sumber sekolah.
PSS tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barangan yang ditinggalkan di luar PSS.
Pengguna PSS dilarang mengalihkan peralatan PSS dari tempat asalnya.
KESALAHAN MELANGGAR PERATURAN-PERATURAN PSS, SMKS
KESALAHAN | DENDA |
Membawa keluar bahan Perpustakaan tanpa pinjaman (atau mencuri bahan Perpustakaan) | Hantar ke unit DISPLIN untuk tindakan tatatertib dan denda yang akan dikenakan ialah : Gantung keahlian serta merta selama satu penggal tanpa dapat menggunakan perkhidmatan Perpustakaan. |
Mengoyakkan bahan-bahan Perpustakaan | Hantar ke unit DISPLIN untuk tindakan tatatertib dan denda yang akan dikenakan ialah : Gantung keahlian serta merta selama satu penggal tanpa dapat menggunakan perkhidmatan Perpustakaan. Denda menggantikan bahan kepada bahan edisi terkini. |
Menghilangkan bahan Perpustakaan | Gantung hak pinjaman sehingga menggantikan bahan dengan bahan edisi terkini/membayar harga bahan. |
Menconteng bahan Perpustakaan | Gantung hak pinjaman sehingga menggantikan bahan dengan bahan edisi terkini/membayar harga bahan. |
Lewat memulangkan bahan | Denda RM 0.10 sehari dan RM 1.00 sejam bagi pinjaman Red Spot. |
Menyepahkan/meninggalkan bahan Perpustakaan di atas meja atau rak | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
Memindahkan bahan-bahan Perpustakaan dari satu koleksi kesatu koleksi tanpa pinjaman | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
Merosakkan peralatan, menyalahgunakan, mengalih atau merosakkan perabot | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
Membawa makanan/minuman ke dalam Perpustakaan ATAU Makan/minum dalam Perpustakaan ATAU Menyepah bekas minuman dan sampah dalam Perpustakaan ATAU Membuang sampah dalam Perpustakaan | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
Membuat bising/berbincang di ruang membaca | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan seperti fail, beg, payung dan memakai selipar semasa masuk ke dalam Perpustakaan | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
Tidak mematuhi peraturan etika berpakaian semasa waktu pejabat. | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
Menggunakan telefon bimbit di dalam Perpustakaan. | Telefon bimbit akan diserahkan kepada unit Displin. |
Menyalahgunakan komputer seperti yang tertera pada peraturan penggunaan komputer. | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
Berkelakuan sumbang/Salah laku | Gantung keahlian selama satu semester dan mengesyorkan tindakan yang lebih keras diambil oleh unit Displin. |
No comments:
Post a Comment