Sudut Bacaan Kelas
AJK: Lily Siah, Lai Jia Qi, Leow Yvonne, Lai Shu Yin
Bermula 8 November 2012, PSS SMK Selandar telah mengadakan aktiviti menyediakan bahan-bahan bacaan di sudut bacaan kelas. Aktiviti ini bermula pada jam 8.00 pagi sehinggaa jam 2.00 petang. AJK memilih berbagai-bagai buku cerita yang menarik dari koleksi buku perpustakaan. Buku-buku yang terpilih itu akan dibaik pulih sebelum dihantar ke kelas.
Setelah proses baik pulih, buku-buku diagih dalam 5 kumpulan mengikut tahap kesukaran. Buku-buku berkenaan telah ditampalkan lebel seperti 'BUKU BACAAN TKN 1' dan sebagainya. Buku-buku ini akan dihantar ke kelas-kelas terpilih pada tahun 2013.
Laporan disediakan oleh
Lily Siah.
Program Jejak Maklumat Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka 2012
Tarikh: 30 Oktober 2012 (Selasa)
Masa: 8.00 pg - 2.00 ptg
Tempat: Dataran Bestari, BTPNM, Melaka.
Kursus Asas Adobe Photoshop CS6
Tarikh : 22 hingga 24 Oktober 2012 (3Hari)
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Seri Machap
Yang Hadir :
1. En. Zakaria Bin Muhammad (Fasilitator)
2. En. Sulaiman Bin Abdul Rahim (Fasilitator)
3. En. Kamarul Anuar Bin Talib
4. Cik Dorothy Magdalena Binti George
5. Semua Guru Penyelaras Bestari/ICT PKG Selandar
6. Semua Guru Perpustakaan & Media PKG Selandar
7. Semua Juruteknik Komputer PKG Selandar
Kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan guru tentang Adobe Photoshop yang merupakan perisian pengolah gambar yang sangat canggih dan gambar olah dengan Adobe Photoshop ini banyak dilihat dipelbagai website, brosur, kulit buku, majalah dan media lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak langsung.

Pada 30 Oktober 2012, Pusat Sumber Sekolah SMK Selandar telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga peserta, iaitu Leow Yvonne, Lai Shu Yin dan Lai Yan Fei untuk menyertai Program Jejak Maklumat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka. Pasukan ini diiringi oleh Pn Tang Pei Pei, guru perpustakaan dan media.
Peserta-peserta berdaftar pada pukul 8.00 pagi. Pertandingan ini berlangsung pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Program Jejak Maklumat ini mengandungi 5 segmen.
Segmen pertama merupakan segmen ketahanan fizikal. Peserta-peserta telah menerima arahan dan soalan dalam bentuk kertas yang diletakkan dalam sampul surat. selepas itu, sampul surat itu dibuka dan peserta dikehendaki membaca arahannya. Di segmen ini, para peserta menggunakan sebiji bola ragbi dan membaling ke arah tiga botol yang berisi pasir. Selepas ketiga-tiga botol itu dijatuhkan, para peserta dikehendaki memecahkan belon dengan menggunakan tapak tangan.
Segmen kedua, iaitu segmen isu semasa. Para peserta dikehendaki menggunakan surat khabar terbitan bulan September dan Oktober untuk mencari berita tentang kemalangan, kehilangan jiwa dan bencana alam. Selepas itu, berita itu telah ditampal dan diihias pada satu kotak.
Segmen ketiga merupakan segmen pemikiran kreatif. Para peserta perlu menjawab soalan yang ditanya oleh ketua segmen sehingga dapat jawapan yang betul sebelum aktiviti bermula. Selepas berjaya menjawab, peserta-peserta dikehendaki menggunting surat khabar dan beberapa keping kertas warna yang diberikan untuk menghasilkan satu model. Pasukan kami telah membina menara KLCC. Masa yang diberi adalah 30 minit.
Segmen keempat, iaitu segmen uji minda. Di segmen ini, semua peserta diwajibkan menaip sebuah berita dengan komputer. Dalam tugasan ini, kami juga diarah menghighlightkan 20 patah perkataan tertentu dan menghiaskannya. Hasil ini dicetak dengan printer yang disediakan. Hasil ini telah dilaminate oleh peserta itu sendiri.
Segmen kelima merupakan segmen pembacaan. Di segmen ini, peserta-peserta perlu menyelesaikan semua klu utama yang telah dikumpulkan. Jawapan untuk klu utama tersebut perlu diperolehi melalui bahan bacaan yang terdapat di pusat sumber BTP. Pada mulanya, peserta perlu mendapatkan makna beberapa simpulan bahasa. Selepas berjaya menjawab soalan itu, peserta dibenarkan membuka semua sampul dan mula menulis laporan di dalam borang yang disediakan. Program ini tamat pada pukul 12.30 tengahari.
Keputusan telah diumumkan kira-kira 1.00 petang. Pasukan sekolah kita telah menang sebagai johan dalam program ini. Hadiah kami berbentuk sijil, satu pendrive16 GB setiap peserta dan satu hamper.
Laporan ini disediakan oleh Leow Yvonne, ketua pasukan.
Kursus Asas Adobe Photoshop CS6
Tarikh : 22 hingga 24 Oktober 2012 (3Hari)
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Seri Machap
Yang Hadir :
1. En. Zakaria Bin Muhammad (Fasilitator)
2. En. Sulaiman Bin Abdul Rahim (Fasilitator)
3. En. Kamarul Anuar Bin Talib
4. Cik Dorothy Magdalena Binti George
5. Semua Guru Penyelaras Bestari/ICT PKG Selandar
6. Semua Guru Perpustakaan & Media PKG Selandar
7. Semua Juruteknik Komputer PKG Selandar
Kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan guru tentang Adobe Photoshop yang merupakan perisian pengolah gambar yang sangat canggih dan gambar olah dengan Adobe Photoshop ini banyak dilihat dipelbagai website, brosur, kulit buku, majalah dan media lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak langsung.
Majlis Penyampaian Sumbangan buku-buku PSS Negeri Melaka oleh The Aisa Foundation
Tarikh: 22 Okt 2012
Masa: 9.00 am
Tempat: BTPN Melaka
Bilangan Penyertaan: 76 sekolah menengah
Kerjasama pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan The Asia Foundation terus berlangsung dengan baik.
Kali ini The Asia Foundation dengan
kerjasama Texas Instrument (M) Sdn. Bhd. meneruskan program sumbangan
buku kepada 76 buah sekolah menengah KPM di negeri Melaka.
Majlis ringkas upacara penyerahan
sumbangan buku yang berlangsung di BTPN Melaka turut dihadiri Ketua
Sektor PLTP, BTP, Y.Bhg. Datin Che Normadiah bt. Hj. Che Abbas dan Ketua
Penolong Pengarah BTPN Melaka, Y. Berusaha Tuan Hj. Amir b. Basar serta
pegawai dan staf BTPN Melaka.
Buku-buku yang bakal dimanfaatkan oleh 9892 murid di sekolah-sekolah
terlibat terdiri daripada 3040 naskah buku rujukan, 3420 naskah buku
bacaan 'readers' dan 228 CD Sains.Taklimat Pengisian Data i-NILAM Secara Online
Masa: 9.00 am - 4.30 pm
Tempat: BTPN Melaka
Peserta: 20 GPM (16 SM & 4 SR)