-->

Lagu Nilam

aktiviti semasa

sudut pustakawan

Mesyuarat Agung PSS 2013

Tarikh: 9 Jan 2013
Tempat:  Bilik Tayang, Pusat Sumber Sekolah SMK Selandar
 
Pada 9hb Januari 2013, mesyuarat agung Kelab PSS telah diadakan telah diadakan untuk mewujudkan sebuah ahli jawatankuasa (AJK)  Kelab Pusat Sumber Sekolah (Pss). Mesyuarat ini telah dijalankan dari puku l 2.15 petang hingga 4.00 petang.
            Tujuan penubuhan Kelab Pss adalah untuk memupuk semangat antara pustakawan, untuk mewujudkan Pss yang lebih berkualiti serta supaya dapat mengenali pengurusan Pss. Guru penasihat bagi kelab ini adalah Pn. Tang Pei Pei dan Pn. Norasma Ahmad.
            Dalam mesyuarat ini, AJK telah dipilih. Pilihan telah dijalankan secara pengundian. Jawatan pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari, AJK dan juruaudit telah dipilih. Pengerusi ialah Chu Sze Enn Hannah dari Tingkatan 5SN1 dan naib pengerusinya ialah Ling Jenn Wei dari Tingkatan 5SN2. Leow Yvonne dari Tingkatan 4SN1 telah dilantik sebagai setiausaha dan Lai Jia Qi dari 4SN1 sebagai bendahari. Seterusnya, 5 orang AJK telah dipilih. Iaitu Ling Jenn Haur dan Chong Tong Ming dari Tingkatan 3Q2, Chua Wei Xin dari Tingkatan 4 SN1, Nur Syafiqah dari Tingkatan 5SN1 dan Nur Fadilah dari Tingkatan 5ICT. Tan Hong Qing dari Tingkatan 3A1 dan Liew Jin Rou dari Tingkatan 3Q1 sebagai juruaudit Kelab Pss. Setelah itu, tugas-tugas bagi setiap AJK diterangkan oleh pengerusi. Jumlah ahli bagi kelab ini adalah 27 orang.
            Selain itu, aktiviti tahunan telah dibincangkan. Kursus Kepimpinan Pusat Sumber akan diadakan pada 1-3hb Februari 2013. Aktiviti yang lain seperti bengkel-bengkel khas, lawatan ke KLCC, pameran buku, jamuan dan program jejak maklumat turut dicadangkan oleh ahli-ahli kelab.
            Di samping itu, mesyuarat kursus kepimpinan telah diadakan di bilik tayang. Ahli-ahli yang tidak berkenaan membuat kerja-kerja di perpustaan.
           Akhir sekali, saya berharap semua ahli kelab dan pustakawan bertanggungjawab akan jawatan masing-masing. Bagi pelajar-pelajar SMK Selandar yang lain, kunjungilah ke Pss pada waktu rehat, “bangsa membaca, bangsa berjaya” .


Disediakan oleh,
LEOW YVONNE
Setiausaha Kelab Pusat Sumber




 AJKperpustakaan menangkap gambar bersama selepas
                                       mesyuarat sudah bersurai.


Ahli-ahli kelab aktif mengambil bahagian dalam pengundian untuk memilih AJK yang terbaik
Ahli yang terpilih akan dicatat di papan putih.





AKTIVITI KELAB PSS
11 JULAI 2012

  
Senior Foo Xu Hui mengagihkan tugas tentang gotong royong bangunan pusat sumber.  Pustakawan dibahagikan kepada 4 kumpulan yang masing-masing bertugas di perpustakaan, bilik tayang, kaunter sirkulasi dan taman PSS.  
Kebersihan dan keceriaan amat terpuji pada akhir aktiviti ini.











 

 PERJUMPAAN PENGAWAS PSS
6 JULAI 2011
 
 Perjumpaan ini bermula pada 1.15 p.m. hingga 2.40 p.m.
Pengawas PSS dibahagikan kepada beberapa stesen.
Antaranya adalah 
1. Penerangan ringkas mengenai bahan bukan cetak oleh Hannah.  Sasarannya adalah pengawas baru sesi 2011.



 2  Pengucapan Awam oleh Nur Shuhadah dan Nor Azira
Sasarannya ialah pengawas pss tingkatan 2.
objektifnya ialah mencari penapis juru acara.




 3.  Memotong cogan kata untuk bilik bilik di pss


4.  Mengubahsuai rak-rak untuk ABM


5.  Membuat mural untuk kampus ASTRO
 
 6. Menyediakan wawancara untuk dimuatkan di papan kenyataan








KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK SELANDAR, 2011
 27 - 29 Mei 2011


Kursus diadakan untuk membina sikap, kualiti kepimpinan, disiplin dan jati diri kepada semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Mewujudkan Pengawas Pusat Sumber yang mempunyai gaya kepimpinan yang berkaliber untuk menerajui kepimpinan di peringkat sekolah. Menanam jiwa profesionalisme serta mempertingkatkan moral yang tinggi di kalangan Pengawas Pusat Sumber supaya mereka dapat menyempurnakan agenda sekolah yang berteraskan Dasar Pendidikan Negara.

sesi gambar untuk kursus kepimpinan pengawas pss 2011

Bengkel Folder Sijil disampaikan oleh Saudari Foo Xu Hui









Bengkel Proses Teknik disampaikan oleh Saudari Wong Chai San.





Program Jejak Maklumat - stesen 1 : mencari nombor pengelasan
Program Jejak Maklumat - Stesen 2 : mencari harta karun
Program Jejak Maklumat - Stesen 3 : melukis berdasarkan sesuatu peribahasa
Program Jejak Maklumat - Stesen 4 : bentuk huruf dengan tubuh badan

Program Jejak Maklumat - Stesen 5 : kitar semula dengan bahan buangan

Mini Sukan - mengedarkan belon dengan kaki terikat


MINI LIBRARY SEMPENA BULAN APRESIASI ILMU
SMK SELANDAR 2011
11 April – 29 April 2011
Perpustakaan bergerak keluar dari bangunan.  Buku-buku dibawa keluar dari bilik perpustakaan untuk pinjaman pelajar.  Buku-buku bertukar-tukar setiap minggu. Demi menggalakkan pelajar meminjam buku, cabutan hadiah bertuah diadakan untuk para peminjam buku.
Pustakawan sedang menyediakan tapak untuk projek mini library.


PSS turut sediakan kaunter membuat kad pinjaman secara percuma.


Cabutan bertuah untuk si pinjam buku di Mini Library.




Pengetua memberi cenderahati kepada si pinjam buku.




PAMERAN BUKU
TARIKH: 29 MAC 2011
LOKASI: MERCU GEMILANG & PONDOK BACAAN 

Laporan oleh Lim Hui Min, wartawan pelajar Sin Chew.
kami nak pilih buku untuk ulangkaji...
pengawas PSS membantu menyusun buku-buku untuk PB.
buku ni macam sedap dibaca...
banyak alat tulis yang comel...
ramai juga murid smks yang minat baca ...
alamak, buku mana nak pilih ni?
fully attention on reading.
kira, selepas 20% diskaun, berapa harga buku?


 MINI SUKAN SEMPENA HARI GURU 2011
16 MEI 2011
taniah kepada pengawas pss yang membantu menjayakan sukan mini hari guru 2011.

Pengawas PSS selaku urusetia sukan mini.
Siapa dapat gelung getah paling banyak, dialah yang menang.



MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS 2011
DISEMPURNAKAN OLEH : TUAN PENGETUA CEMERLANG
EN. A. SAIMAN A/L K. G. ANTHONY
18 APRIL 2011
Ketua Pengawas PSS Chong Bin Hong, diringi oleh para pengawas pss 2011 membaca ikrar perlantikan.
Pengetua En A. Saiman menyampaikan watikah perlantikan.