-->

Lagu Nilam

aktiviti semasa

Thursday, November 22, 2012

Program Jejak Maklumat Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka 2012

Tarikh: 30 Oktober 2012 (Selasa)
Masa: 8.00 pg - 2.00 ptg
Tempat:  Dataran Bestari, BTPNM, Melaka.




    Pada 30 Oktober 2012, Pusat Sumber Sekolah SMK Selandar telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga peserta, iaitu Leow Yvonne, Lai Shu Yin dan Lai Yan Fei untuk menyertai Program Jejak Maklumat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.  Pasukan ini diiringi oleh Pn Tang Pei Pei, guru perpustakaan dan media.

   Peserta-peserta berdaftar pada pukul 8.00 pagi.  Pertandingan ini berlangsung pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari.  Program Jejak Maklumat ini mengandungi 5 segmen.

   Segmen pertama merupakan segmen ketahanan fizikal.  Peserta-peserta telah menerima arahan dan soalan dalam bentuk kertas yang diletakkan dalam sampul surat.  selepas itu, sampul surat itu dibuka dan peserta dikehendaki membaca arahannya.  Di segmen ini, para peserta menggunakan sebiji bola ragbi dan membaling ke arah tiga botol yang berisi pasir.  Selepas ketiga-tiga botol itu dijatuhkan, para peserta dikehendaki memecahkan belon dengan menggunakan tapak tangan.

   Segmen kedua, iaitu segmen isu semasa.  Para peserta dikehendaki menggunakan surat khabar terbitan bulan September dan Oktober untuk mencari berita tentang kemalangan, kehilangan jiwa dan bencana alam.  Selepas itu, berita itu telah ditampal dan diihias pada satu kotak.

   Segmen ketiga merupakan segmen pemikiran kreatif.  Para peserta perlu menjawab soalan yang ditanya oleh ketua segmen sehingga dapat jawapan yang betul sebelum aktiviti bermula. Selepas berjaya menjawab, peserta-peserta dikehendaki menggunting surat khabar dan beberapa keping kertas warna yang diberikan untuk menghasilkan satu model.  Pasukan kami telah membina menara KLCC.  Masa yang diberi adalah 30 minit.  

   Segmen keempat, iaitu segmen uji minda.  Di segmen ini, semua peserta diwajibkan menaip sebuah berita dengan komputer.  Dalam tugasan ini, kami juga diarah menghighlightkan 20 patah perkataan tertentu dan menghiaskannya.  Hasil ini dicetak dengan printer yang disediakan.  Hasil ini telah dilaminate oleh peserta itu sendiri.

   Segmen kelima  merupakan segmen pembacaan.  Di segmen ini, peserta-peserta perlu menyelesaikan semua klu utama yang telah dikumpulkan.  Jawapan untuk klu utama tersebut perlu diperolehi melalui bahan bacaan yang terdapat di pusat sumber BTP.  Pada mulanya, peserta perlu mendapatkan makna beberapa simpulan bahasa.  Selepas berjaya menjawab soalan itu, peserta dibenarkan membuka semua sampul dan mula menulis laporan di dalam borang yang disediakan.  Program ini tamat pada pukul 12.30 tengahari.

   Keputusan telah diumumkan kira-kira 1.00 petang.  Pasukan sekolah  kita telah menang sebagai johan dalam program ini.  Hadiah kami berbentuk sijil, satu pendrive16 GB setiap peserta dan satu hamper.

Laporan ini disediakan oleh Leow Yvonne, ketua pasukan.

Monday, October 29, 2012

Kursus Asas Adobe Photoshop CS6

Tarikh : 22 hingga 24 Oktober 2012 (3Hari)
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Seri Machap

Yang Hadir :
1. En. Zakaria Bin Muhammad (Fasilitator)
2. En. Sulaiman Bin Abdul Rahim (Fasilitator)
3. En. Kamarul Anuar Bin Talib
4. Cik Dorothy Magdalena Binti George
5. Semua Guru Penyelaras Bestari/ICT PKG Selandar
6. Semua Guru Perpustakaan & Media PKG Selandar
7. Semua Juruteknik Komputer PKG Selandar

Kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan guru tentang Adobe Photoshop yang merupakan perisian pengolah gambar yang sangat canggih dan gambar olah dengan Adobe Photoshop ini banyak dilihat dipelbagai website, brosur, kulit buku, majalah dan media lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak langsung.