Masa: 8.00 pg - 2.00 ptg
Tempat: Dataran Bestari, BTPNM, Melaka.
Pada 30 Oktober 2012, Pusat Sumber Sekolah SMK Selandar telah
menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga peserta, iaitu Leow
Yvonne, Lai Shu Yin dan Lai Yan Fei untuk menyertai Program Jejak
Maklumat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka. Pasukan ini
diiringi oleh Pn Tang Pei Pei, guru perpustakaan dan media.
Peserta-peserta berdaftar pada pukul 8.00 pagi. Pertandingan ini
berlangsung pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari.
Program Jejak Maklumat ini mengandungi 5 segmen.
Segmen pertama merupakan segmen ketahanan fizikal. Peserta-peserta
telah menerima arahan dan soalan dalam bentuk kertas yang diletakkan
dalam sampul surat. selepas itu, sampul surat itu dibuka dan peserta
dikehendaki membaca arahannya. Di segmen ini, para peserta menggunakan
sebiji bola ragbi dan membaling ke arah tiga botol yang berisi pasir.
Selepas ketiga-tiga botol itu dijatuhkan, para peserta dikehendaki
memecahkan belon dengan menggunakan tapak tangan.
Segmen kedua, iaitu segmen isu semasa. Para peserta dikehendaki
menggunakan surat khabar terbitan bulan September dan Oktober untuk
mencari berita tentang kemalangan, kehilangan jiwa dan bencana alam.
Selepas itu, berita itu telah ditampal dan diihias pada satu kotak.
Segmen ketiga merupakan segmen pemikiran kreatif. Para peserta perlu
menjawab soalan yang ditanya oleh ketua segmen sehingga dapat jawapan
yang betul sebelum aktiviti bermula. Selepas berjaya menjawab,
peserta-peserta dikehendaki menggunting surat khabar dan beberapa keping
kertas warna yang diberikan untuk menghasilkan satu model. Pasukan
kami telah membina menara KLCC. Masa yang diberi adalah 30 minit.
Segmen keempat, iaitu segmen uji minda. Di segmen ini, semua peserta
diwajibkan menaip sebuah berita dengan komputer. Dalam tugasan ini,
kami juga diarah menghighlightkan 20 patah perkataan tertentu dan
menghiaskannya. Hasil ini dicetak dengan printer yang disediakan.
Hasil ini telah dilaminate oleh peserta itu sendiri.
Segmen kelima merupakan segmen pembacaan. Di segmen ini,
peserta-peserta perlu menyelesaikan semua klu utama yang telah
dikumpulkan. Jawapan untuk klu utama tersebut perlu diperolehi melalui
bahan bacaan yang terdapat di pusat sumber BTP. Pada mulanya, peserta
perlu mendapatkan makna beberapa simpulan bahasa. Selepas berjaya
menjawab soalan itu, peserta dibenarkan membuka semua sampul dan mula
menulis laporan di dalam borang yang disediakan. Program ini tamat pada
pukul 12.30 tengahari.
Keputusan telah diumumkan kira-kira 1.00 petang. Pasukan sekolah kita
telah menang sebagai johan dalam program ini. Hadiah kami berbentuk
sijil, satu pendrive16 GB setiap peserta dan satu hamper.
No comments:
Post a Comment