Tujuan penubuhan Kelab Pss adalah untuk memupuk semangat
antara pustakawan, untuk mewujudkan Pss yang lebih berkualiti serta supaya
dapat mengenali pengurusan Pss. Guru penasihat bagi kelab ini adalah Pn. Tang
Pei Pei dan Pn. Norasma Ahmad.
Dalam mesyuarat ini, AJK telah dipilih. Pilihan telah
dijalankan secara pengundian. Jawatan pengerusi, naib pengerusi, setiausaha,
bendahari, AJK dan juruaudit telah dipilih. Pengerusi ialah Chu Sze Enn Hannah
dari Tingkatan 5SN1 dan naib pengerusinya ialah Ling Jenn Wei dari Tingkatan
5SN2. Leow Yvonne dari Tingkatan 4SN1 telah dilantik sebagai setiausaha dan Lai
Jia Qi dari 4SN1 sebagai bendahari. Seterusnya, 5 orang AJK telah dipilih.
Iaitu Ling Jenn Haur dan Chong Tong Ming dari Tingkatan 3Q2, Chua Wei Xin dari
Tingkatan 4 SN1, Nur Syafiqah dari Tingkatan 5SN1 dan Nur Fadilah dari
Tingkatan 5ICT. Tan Hong Qing dari Tingkatan 3A1 dan Liew Jin Rou dari Tingkatan
3Q1 sebagai juruaudit Kelab Pss. Setelah itu, tugas-tugas bagi setiap AJK
diterangkan oleh pengerusi. Jumlah ahli bagi kelab ini adalah 27 orang.
Selain itu, aktiviti tahunan telah dibincangkan. Kursus
Kepimpinan Pusat Sumber akan diadakan pada 1-3hb Februari 2013. Aktiviti yang
lain seperti bengkel-bengkel khas, lawatan ke KLCC, pameran buku, jamuan dan
program jejak maklumat turut dicadangkan oleh ahli-ahli kelab.
Di samping itu, mesyuarat kursus kepimpinan telah
diadakan di bilik tayang. Ahli-ahli yang tidak berkenaan membuat kerja-kerja di
perpustaan.
Akhir sekali, saya berharap semua ahli kelab dan
pustakawan bertanggungjawab akan jawatan masing-masing. Bagi pelajar-pelajar
SMK Selandar yang lain, kunjungilah ke Pss pada waktu rehat, “bangsa membaca,
bangsa berjaya” .
Disediakan
oleh,
LEOW
YVONNE
No comments:
Post a Comment