-->

Lagu Nilam

aktiviti semasa

Friday, January 25, 2013

Mesyuarat Agung Kelab PSS 2012

Pada 9hb Januari 2013 yang lalu, mesyuarat agung telah diadakan. Tempat berjumpaannya adalah di perpustakaan. Ini adalah untuk mewujudkan sebuah ahli jawatankuasa (AJK) dalam Kelab Pusat Sumber Sekolah (Pss). Mesyuarat ini telah dijalankan dari puku l 2.15 petang hingga 4.00 petang.
            Tujuan penubuhan Kelab Pss adalah untuk memupuk semangat antara pustakawan, untuk mewujudkan Pss yang lebih berkualiti serta supaya dapat mengenali pengurusan Pss. Guru penasihat bagi kelab ini adalah Pn. Tang Pei Pei dan Pn. Norasma Ahmad.
            Dalam mesyuarat ini, AJK telah dipilih. Pilihan telah dijalankan secara pengundian. Jawatan pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari, AJK dan juruaudit telah dipilih. Pengerusi ialah Chu Sze Enn Hannah dari Tingkatan 5SN1 dan naib pengerusinya ialah Ling Jenn Wei dari Tingkatan 5SN2. Leow Yvonne dari Tingkatan 4SN1 telah dilantik sebagai setiausaha dan Lai Jia Qi dari 4SN1 sebagai bendahari. Seterusnya, 5 orang AJK telah dipilih. Iaitu Ling Jenn Haur dan Chong Tong Ming dari Tingkatan 3Q2, Chua Wei Xin dari Tingkatan 4 SN1, Nur Syafiqah dari Tingkatan 5SN1 dan Nur Fadilah dari Tingkatan 5ICT. Tan Hong Qing dari Tingkatan 3A1 dan Liew Jin Rou dari Tingkatan 3Q1 sebagai juruaudit Kelab Pss. Setelah itu, tugas-tugas bagi setiap AJK diterangkan oleh pengerusi. Jumlah ahli bagi kelab ini adalah 27 orang.
            Selain itu, aktiviti tahunan telah dibincangkan. Kursus Kepimpinan Pusat Sumber akan diadakan pada 1-3hb Februari 2013. Aktiviti yang lain seperti bengkel-bengkel khas, lawatan ke KLCC, pameran buku, jamuan dan program jejak maklumat turut dicadangkan oleh ahli-ahli kelab.
            Di samping itu, mesyuarat kursus kepimpinan telah diadakan di bilik tayang. Ahli-ahli yang tidak berkenaan membuat kerja-kerja di perpustaan.
           Akhir sekali, saya berharap semua ahli kelab dan pustakawan bertanggungjawab akan jawatan masing-masing. Bagi pelajar-pelajar SMK Selandar yang lain, kunjungilah ke Pss pada waktu rehat, “bangsa membaca, bangsa berjaya” .


Disediakan oleh,
LEOW YVONNE
Setiausaha Kelab Pusat Sumber




 AJKperpustakaan menangkap gambar bersama selepas
                                       mesyuarat sudah bersurai.


Ahli-ahli kelab aktif mengambil bahagian dalam pengundian untuk memilih AJK yang terbaik
Ahli yang terpilih akan dicatat di papan putih.

Thursday, November 22, 2012

Program Jejak Maklumat Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka 2012

Tarikh: 30 Oktober 2012 (Selasa)
Masa: 8.00 pg - 2.00 ptg
Tempat:  Dataran Bestari, BTPNM, Melaka.




    Pada 30 Oktober 2012, Pusat Sumber Sekolah SMK Selandar telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga peserta, iaitu Leow Yvonne, Lai Shu Yin dan Lai Yan Fei untuk menyertai Program Jejak Maklumat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.  Pasukan ini diiringi oleh Pn Tang Pei Pei, guru perpustakaan dan media.

   Peserta-peserta berdaftar pada pukul 8.00 pagi.  Pertandingan ini berlangsung pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari.  Program Jejak Maklumat ini mengandungi 5 segmen.

   Segmen pertama merupakan segmen ketahanan fizikal.  Peserta-peserta telah menerima arahan dan soalan dalam bentuk kertas yang diletakkan dalam sampul surat.  selepas itu, sampul surat itu dibuka dan peserta dikehendaki membaca arahannya.  Di segmen ini, para peserta menggunakan sebiji bola ragbi dan membaling ke arah tiga botol yang berisi pasir.  Selepas ketiga-tiga botol itu dijatuhkan, para peserta dikehendaki memecahkan belon dengan menggunakan tapak tangan.

   Segmen kedua, iaitu segmen isu semasa.  Para peserta dikehendaki menggunakan surat khabar terbitan bulan September dan Oktober untuk mencari berita tentang kemalangan, kehilangan jiwa dan bencana alam.  Selepas itu, berita itu telah ditampal dan diihias pada satu kotak.

   Segmen ketiga merupakan segmen pemikiran kreatif.  Para peserta perlu menjawab soalan yang ditanya oleh ketua segmen sehingga dapat jawapan yang betul sebelum aktiviti bermula. Selepas berjaya menjawab, peserta-peserta dikehendaki menggunting surat khabar dan beberapa keping kertas warna yang diberikan untuk menghasilkan satu model.  Pasukan kami telah membina menara KLCC.  Masa yang diberi adalah 30 minit.  

   Segmen keempat, iaitu segmen uji minda.  Di segmen ini, semua peserta diwajibkan menaip sebuah berita dengan komputer.  Dalam tugasan ini, kami juga diarah menghighlightkan 20 patah perkataan tertentu dan menghiaskannya.  Hasil ini dicetak dengan printer yang disediakan.  Hasil ini telah dilaminate oleh peserta itu sendiri.

   Segmen kelima  merupakan segmen pembacaan.  Di segmen ini, peserta-peserta perlu menyelesaikan semua klu utama yang telah dikumpulkan.  Jawapan untuk klu utama tersebut perlu diperolehi melalui bahan bacaan yang terdapat di pusat sumber BTP.  Pada mulanya, peserta perlu mendapatkan makna beberapa simpulan bahasa.  Selepas berjaya menjawab soalan itu, peserta dibenarkan membuka semua sampul dan mula menulis laporan di dalam borang yang disediakan.  Program ini tamat pada pukul 12.30 tengahari.

   Keputusan telah diumumkan kira-kira 1.00 petang.  Pasukan sekolah  kita telah menang sebagai johan dalam program ini.  Hadiah kami berbentuk sijil, satu pendrive16 GB setiap peserta dan satu hamper.

Laporan ini disediakan oleh Leow Yvonne, ketua pasukan.

Monday, October 29, 2012

Kursus Asas Adobe Photoshop CS6

Tarikh : 22 hingga 24 Oktober 2012 (3Hari)
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Seri Machap

Yang Hadir :
1. En. Zakaria Bin Muhammad (Fasilitator)
2. En. Sulaiman Bin Abdul Rahim (Fasilitator)
3. En. Kamarul Anuar Bin Talib
4. Cik Dorothy Magdalena Binti George
5. Semua Guru Penyelaras Bestari/ICT PKG Selandar
6. Semua Guru Perpustakaan & Media PKG Selandar
7. Semua Juruteknik Komputer PKG Selandar

Kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan guru tentang Adobe Photoshop yang merupakan perisian pengolah gambar yang sangat canggih dan gambar olah dengan Adobe Photoshop ini banyak dilihat dipelbagai website, brosur, kulit buku, majalah dan media lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak langsung. 




Wednesday, June 22, 2011

NOMBOR PANGGILAN

NOMBOR PANGGILAN

 

Definisi

 

Nombor panggilan adalah kombinasi simbol yang mengandungi nombor kelas, nombor buku atau nombor bahan dan kadangkala data lain, seperti tahun, nombor jilid, nombor salinan, yang menyediakan identifikasi bagi sesuatu bahan dan penempatannya di atas rak. 

CONTOH 1:
       Gerimis / oleh Sabar Bohari

        F Simbol untuk bahan fiksyen
        SAB Nombor buku, tiga huruf awal dari entri utama, iaitu nama pengarang.

                   F
                 SAB

 CONTOH 2:

 Asas belanjawan modal / Shamsher Mohamed, Shamsudin Ismail

  658.154 Belanjawan modal
  SHA Nombor pengarang : Shamsher

 658.154
   SHA

PENGELASAN BAHAN

DEFINISI 

 
Satu sistem yang logik bagi penyusunan ilmu pengetahuan.

TUJUAN

* Untuk menyusun bahan-bahan perpustakaan secara teratur di atas rak supaya mudah disimpan dan didapatkan kembali.

* Untuk menyusun entri-entri katalog dan indeks.

OBJEKTIF

· Membantu pengguna mengenalpasti dan mengesan sesuatu karya melalui nombor panggilan.

· Mengelompokkan bahan-bahan mengenai sesuatu perkara/subjek dalam satu kelompok yang sama.

NOTASI

Setiap skim pengkelasan menggunakan satu sistem simbol sebagai tanda yang mewakili kelas-kelas, kelas-kelas kecil dan pembahagian-pembahagiannya. Sistem simbol yang dipanggil notasi adalah untuk menunjukkan secara ringkas, perkara dan aspek dan kadangkala perkaitannya disamping menyediakan satu susunan yang logik dan teratur. Skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey menggunakan notasi tulin (angka Arab); skim Pengkelasan Library of Congress menggunakan notasi campuran (huruf besar dan angka-angka Arab); Universal Decimal Classification menggunakan notasi tulin (angka Arab).

PANDUAN MENGKELAS

1. Tentukan kandungan subjek , dan kenalpasti konsep utama dalam bahan yang dikelas.
2. Pilih nombor yang sesuai dari skim pengkelasan.
3. Jika sesuatu karya itu mengandungi lebih dari satu subjek atau lebih dari satu aspek, pilih satu nombor sahaja, atau pilih satu nombor yang umum yang meliputi subjek-subjek dan aspek-aspek yang berkaitan.
4. Pilih satu nombor yang memberi manfaat kepada pengguna bagi sesuatu karya yang boleh dikelaskan dalam lebih dari satu nombor.
5. Kelas mengikut subjek, diikuti dengan bentuk, kecuali bahan sastera di mana bahasa dan bentuk sastera diberi keutamaan.
6. Gunakan nombor yang paling spesifik jika ada.
7. Indeks digunakan untuk membantu pengkelas mengesan nombor kelas yang spesifik. Sentiasa semak nombor dalam skedul untuk nombor-nombor yang diperolehi dari indeks.
8. Kelas di bawah subjek utama jika boleh ditentukan,
9. Kelas di bawah subjek yang pertama jika subjek utama tidak dapat dikenalpasti. Bagi skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey, pertama bermaksud kelas yang disebutkan dahulu.
10. Kelas di bawah subjek umum bagi sesuatu karya yang mengandungi dua subjek atau lebih dan ianya adalah pembahagian-pembahagian kecil sesuatu subjek yang umum.

PERATURAN AM PSS

Pengguna perpustakaan hendaklah berkelakuan sopan dan berpakaian kemas ketika berada di dalam perpustakaan, sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak SMKS.
Pengguna-pengguna tidak dibenarkan makan, minum, menggunakan telefon bimbit, merokok, membuat bising dan merosakkan barang perpustakaan.

SENYAP adalah amalan ketika berada di dalam perpustakaan.

Barangan peribadi seperti beg, topi keledar, payung, baju hujan dan lain-lain barangan tidak dibenarkan diletak di luar pusat sumber sekolah. 

PSS tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barangan yang ditinggalkan di luar PSS.

Pengguna PSS dilarang mengalihkan peralatan PSS dari tempat asalnya.


KESALAHAN MELANGGAR PERATURAN-PERATURAN PSS, SMKS

KESALAHANDENDA
Membawa keluar bahan Perpustakaan tanpa pinjaman (atau mencuri bahan Perpustakaan)Hantar ke unit DISPLIN untuk tindakan tatatertib dan denda yang akan dikenakan ialah :
Gantung keahlian serta merta selama satu penggal tanpa dapat menggunakan perkhidmatan Perpustakaan.
Mengoyakkan bahan-bahan PerpustakaanHantar ke unit DISPLIN untuk tindakan tatatertib dan denda yang akan dikenakan ialah :
Gantung keahlian serta merta selama satu penggal tanpa dapat menggunakan perkhidmatan Perpustakaan.
Denda menggantikan bahan kepada bahan edisi terkini.
Menghilangkan bahan PerpustakaanGantung hak pinjaman sehingga menggantikan bahan dengan bahan edisi terkini/membayar harga bahan.
Menconteng bahan PerpustakaanGantung hak pinjaman sehingga menggantikan bahan dengan bahan edisi terkini/membayar harga bahan.
Lewat memulangkan bahanDenda RM 0.10 sehari dan RM 1.00 sejam bagi pinjaman Red Spot.
Menyepahkan/meninggalkan bahan Perpustakaan di atas meja atau rakGantung keahlian selama sebulan.
(Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan)
Memindahkan bahan-bahan Perpustakaan dari satu koleksi kesatu koleksi tanpa pinjamanGantung keahlian selama sebulan.
(Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan)
Merosakkan peralatan, menyalahgunakan, mengalih atau merosakkan perabotGantung keahlian selama sebulan.
(Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan)
Membawa makanan/minuman ke dalam Perpustakaan ATAU
Makan/minum dalam Perpustakaan ATAU
Menyepah bekas minuman dan sampah dalam Perpustakaan ATAU Membuang sampah dalam Perpustakaan
Gantung keahlian selama sebulan.
(Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan)
Membuat bising/berbincang di ruang membacaGantung keahlian selama sebulan.
(Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan)
Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan seperti fail, beg, payung dan memakai selipar semasa masuk ke dalam PerpustakaanGantung keahlian selama sebulan.
(Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan)
Tidak mematuhi peraturan etika berpakaian semasa waktu pejabat.Gantung keahlian selama sebulan.
(Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan)
Menggunakan telefon bimbit di dalam Perpustakaan.Telefon bimbit akan diserahkan kepada unit Displin.
Menyalahgunakan komputer seperti yang tertera pada peraturan penggunaan komputer. Gantung keahlian selama sebulan.
(Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan)
Berkelakuan sumbang/Salah lakuGantung keahlian selama satu semester dan mengesyorkan tindakan yang lebih keras diambil oleh unit Displin.

WAKTU PERKHIDMATAN

Hari Persekolahan: 
Isnin hingga Jumaat
:
8.00 pagi - 2.40 petang
                                                                     
Cuti Hujung Minggu atau cuti umum:
Atas Permintaan  
 
Hari Ahad
Tutup